selamat datang

MY PICTURE (WAN@SAUJANA)

MY PICTURE (WAN@SAUJANA)
ermm ... walopun x hensem tp manis ade lah ..... hehe ... alrighttt ...

Isnin, 27 Februari 2012

KEJUJURAN DARI HATI

Asalamualaikum .....

Bagi sikap yang mempunyai kejujuran ini bermaksud berkata benar ..... Terlebih dahulu saya ingin berkongsi bahawa sebuah surah hadis  pada kalian ....

             Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

 "Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada          bersama- sama orang-orang yang jujur." [Surah al-Taubah, ayat 119].


Dari hadis ini ada 2 pengajaran iaitu :
  • Allah menyuruh kita  untuk berada dalam kumpulan orang-orang yang jujur. Maka di sini amat penting untuk kita pilih siapa rakan kita dan bersama siapa kita biasa "hang out" dalam kehidupan harian.
  • Jika kita disuruh untuk berada dalam kumpulan orang-orang yang jujur, sudah tentu sejak awal kita sendiri perlu memiliki sifat jujur . Jesteru sifat orang yang beriman lagi bertaqwa ialah dia jujur dan dia berusahauntuk berada di kalangan orang-orag yang jujur .
Ermm ... sesiapa yang mendisplinkan diri untuk bersikap jujur adalah banyak keutamaan ... tapi sesiapa yang mempunyai sifat kedustaan memiliki banyak kekurangannya  ....

Rasullah s.a..w telah menerangkan "Sesungguhnya kejujuran kepada kebaikan menunjukkan syurga. Sesungguhnya (apabila) seseorang itu melazimkan dirinya kepada kejujuran , nescaya dia akan dikenali sebagai orang yang jujur . Manakala kedustaan menunjukkan kepada kejahatan menunjukkan kepada neraka. Sesungguhnya tidaklah seseorang itu melazimkan dirinya dengan kedustaan melainkan di sisi Allah sebagai seorang pendustaan."[Shahih al-Bukharu, no:6094]

Bagi hadis lain baginda menyatakan : "Empat perkara yang jika semuanya ada pada diri kamu , maka kamu tidak perlu bersedih atas dunia yang hilang daripadamu. Iaitu daripada [Musnah, as-Shahihah, no: 733] :-

  • amanah
  • jujur dalam berbicara
  • akhlak yang baik
  • makanan yang terjaga (sumber perolehannya). "

dan bagi yang ciri yang munafik daripada [Shahih al-Bukhari, no: 6095] :
  • Apabila berjanji dia memungkirinya.
  • Apabila bercakap dia berdusta
  • apabila diberi amanah dia mengkhianatinya .


Dan bagaimana pulak "Bohong Sunat"

Ramai orang tanya sebegitu rupa tentang bohong sunat sama dibolehkan @ tidak .....  Cuma seseorang itu dibolehkan berdusta dalam 3 keadaan : - 
  • Permusuhan diantara 2 @ lebih manusia .
  • Sebagai strategi peperangan.
  • Diantara pasangan suami isteri .

Mesikipun dibolehkan berdusta dalam untuk menyelamatkan keadaan .... Pendustaan itu hanya memberi penyelesaian yang bersifat sementara saja ..... kan .. lebih elok bersikap jujur lebih baik, kerana : 
"Sesungguhnya kejujuran membawa kepada ketenangan manakala kedustaan mebawa kepada keraguan ." [Musnah Ahmad, Shahih al-Jami ' al-Shageir, no: 3378] 

betul tidak ...

ok lah ...  ASALAMUALAIKUM ......








Tiada ulasan:

Catat Ulasan