selamat datang

MY PICTURE (WAN@SAUJANA)

MY PICTURE (WAN@SAUJANA)
ermm ... walopun x hensem tp manis ade lah ..... hehe ... alrighttt ...

Ahad, 26 Februari 2012

KEIKHLASAN SESEORANG ....

KEIKHLASAN ......

Keikhlasan ini adalah lahir dari hati yang tulus ...... kerana perasaan yang mempunyai sikap yang ikhlas ini di lahir daripada kita yang selalu bersyukur pada yang maha esa atas nikmat ny yang tidak terhingga .... antara nikmat ny .... antaranya :

  • Makanan dan Minuman .
  • Pakaian.
  • Kesihatan yang baik .
  • Kesempurnaan anggota (kaki,tangan & semua anggota )
  • Udara.                 
 Dan yang penting
Iman & Nyawa 
  • Kerana dengan adanya iman ada lah islam & adanya nyawa hiduplah dia di atas muka bumi ini yang dijadikan oleh allah s.w.t ....
 Ermmm .... keikhlasan seseorang ini memang kita tidak boleh melihat  dengan mata kasar tapi keikhlasan ini akan berlaku bila seseorang itu lafaz/berkata-kata dari hati yang telus ...... Memang kita tidak menyangka bahawa seseorang itu kemungkinan disebalik keikhlasan itu ada tersimpan rahsia .... bak kata pepatah "ada udang disebalik batu" .... tapi manusia yang sebegini kita tidak boleh halang sekiranya sikap sebegitu rupa ... jadi kita jangan terikut2 sebegitu rupa ... biar kita hidup yang sentiasa bersyukur ke hadrat ilahi & penuh keikhlasan ......

"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya ; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerah diri (kepada Allah)" . (surah al-An'am: 162-163)

Untuk mengukur keikhlasan diri :


  • Adakah kalian membaca Al-quran bertujuan untuk dapat hadiah besar @ mendapat sesuatu ganjaran? kalau tidak kalian malas @ langsung tidak membacanya. Ini tanda hati kalian tidak ikhlas.
  • Apakah kalian menderma dengan bersyarat, misalnya mesti bertulis @ disiarkan dalam akhbar dan tv? ini juga tanda hati tidak ikhlas andai benar memerlukan syarat sedemikian .
  • Pernahkah kalian tidak melakukan sembahyang sunat sewaktu di rumah tetapi kalian melakukan lebih banyak jika kalian berada di masjid ? Mungkinkah kalian melakukannya kerana takut orang kata @ malu pada orang . Itu tanda tidak ikhlas .
Keikhlasan ini pun banyak jenis ... antaranya :

  • Ikhlas bersedekah tapi jangan mempuyai hati yang hanya menunjuk2/riak .
  • Ikhlas memberi pertolongan terhadap seseorang dan jangan mempunyai "ada udang di sebalik batu" .
  • Ikhlas memberi senyuman kerana ia adalah pahala sedekah .
  • Ikhlas membimbing seseorang ke jalan yang benar @ yang diredhai oleh allah s.w.t ....
  • Ikhlas kerana allah s.w.t. dalam mendalami ilmu agama ...
  • Ikhlas suami sebagai tanda terima akad nikahnya sebagai isteri nya yang membawa selama-lamanya .
dan sebagai nya ....

ok lah ... ini saja dapt aku sampaikan daripada kefahaman aku ... segala kesilapan daripada  maklumat tersebut dapt memberi pendapat kalian di ulasan yang disediakan ...... alrightttt ...

assalamualaikum .......

              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan